“Saya, Isteri & Anak Tak Pernah Kacau Orang, Tapi Orang Selalu Cari Masalah.. Lepastu Buat Video Minta Maaf, Kepala B*na Kau!”- Aaron Aziz

“Saya, Isteri & Anak Tak Pernah Kacau Orang, Tapi Orang Selalu Cari Masalah.. Lepastu Buat Video Minta Maaf, Kepala B*na Kau!”- Aaron Aziz


Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa marah dan kecewa apabila dirinya dan  keluarga menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab yang disifatkannya sebagai biadap dan kurang ajar.

Menerusi hantaran di Instagram, Aaron atau nama penuhnya Aaron Mustapha Aziz, menegaskan, dia, isteri dan anak-anak tidak pernah mengganggu sesiapa, namun tetap menjadi sasaran provokasi orang luar.

“Salam semua, boleh tak sesiapa yang kenal haramjad ni? Biadap dan kurang ajar!.

“Saya dan anak-anak dan isteri tak pernah kacau orang. Tapi orang masih suka cari masalah. Lepastu buat video minta maaf, kepala bana kau!,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihatkan agar teraju utama filem Banduan itu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

 



Source link

OR

Scroll to Top