Pelakon Isa Khan meluahkan rasa syukur masih diberi peluang perbetulkan kekhilafan diri serta berubah menjadi insan yang lebih baik.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Isa berkata umurnya kini semakin banyak dan tidak terkira dosa yang dirinya lakukan namun masih diberi peluang ketika sedang menikmati dunia.
BACA: “Jamilah? Trend Yang Memalukan, Menjatuhkan Umat Islam” – Isa Khan

“Banyak dah umur aku, hidup sampai bila pun tak tahu. Tak terkira dosa yang aku dah buat dalam hidup ni, tapi Allah SWT tak tarik nyawa aku masa sedang aku menikmati dunia di dalam khilaf aku sendiri,” tulisnya.
Menurut Isa lagi, dia memilih untuk berubah ke arah lebih baik serta berdoa agar dirinya akan sentiasa istiqamah sehingga ke akhir hayatnya.
“Dia maha baik, sebab tu harini aku pilih untuk berubah dan tak nak kecewakan Allah Swt lagi. Sahabat, doakan aku terus kekal di jalan yang lurus ini sehingga lah nafas terakhir menjemput.
“Semoga segala amal aku di terima oleh Nya, dan semoga syurga menjadi destinasi terakhir aku,” tulisnya






