Pelakon popular, Zara Zya, menzahirkan rasa syukur dan reda dengan ujian kesihatan yang dilaluinya kini apabila disahkan menghidap Renal Cell Carcinoma (kanser buah pinggang) tahap satu.
Menerusi perkongsian di Threads, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan semua di luar sana yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan serta memberikan kata-kata semangat buat dirinya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya dan menghadiahkan kata-kata semangat. Doa kalian sangat bermakna,” katanya.

Malah, pelakon drama Love You Mr Arrogant itu turut mengambil pendekatan matang dengan menzahirkan ucapan terima kasih terhadap pihak yang mengecam atau memberikan reaksi negatif terhadapnya selama ini.
“Dan kepada yang memilih untuk mengecam atau mendoakan sebaliknya… terima kasih juga ya.
“Semuanya mengajar saya untuk lebih kuat, lebih tenang dan lebih berserah,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Alha Alfa Tegur Netizen Luah Kata Kesat Pada Zara Zya – “Please Diam! Boleh Down Orang Yang Ada Kanser Baca”
ARTIKEL BERKAITAN:“Jodoh Tak Perlu Hebat, Tapi Boleh Buat Kita Rasa Luar Biasa” – Zara Zya
ARTIKEL BERKAITAN:Adegan Zara Zya Minta ‘Top Up’ Sihir Dalam Drama Sumpah Ibuku Viral, Netizen Komen: “Tak Sangka Sihir Pun Ada Pakej”
ARTIKEL BERKAITAN:Remy Ishak Saran Zara Zya ‘Mandi Air Garam’ Buang Aura Negatif






