Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona berkongsikan kereta barunya proton jenis e.MAS 7 calar kerana terlanggar dinding.
Menerusi hantaran di TikTok, Leona dilihat tenang menunjukkan bahagian belakang keretanya dan berseloroh mengatakan disebabkan itu kereta pertamanya bukan Porsche.
BACA: “Moga Leona Diberikan Hidayah, Tutup Aurat Dengan Sempurna” – Netizen
“Saya terlibat dalam kemalangan kereta. Memang bukan sesuatu yang kelakar, sebab itu kereta pertama saya bukan Porsche,” katanya.
Dalam hantaran lain, Leona berkongsikan dia sedang mengundurkan keretanya dan ‘tiba-tiba’ dinding muncul yang akhirnya bergesel dengan keretanya.
Perkongsian Leona itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan kisah anak kepada Azhar Sulaiman itu.
Tidak kurang juga, ada yang mempertahankan Leona mengatakan dinding yang salah kerana muncul secara tiba-tiba.







