Dalam sesi siaran langsung, pempengaruh media sosial Ira Kazar membaca komen netizen yang mempersoalkan bagaimana dia mampu jalani hidup aman sekiranya dia punca keretakan rumah tangga orang lain.
Menerusi video yang dimuat naik semula di Threads, Ira bagaimanapun berkata dia tidak tahu sebaliknya meluahkan rasa syukur.
BACA: “Kalau Cerita Dapat Apa?” – Ira Kazar Pilih Untuk Tidak Buka Aib
“Kalau Ira yang salah kenapa lepas cerai Tuhan bagi hidup dia aman damai je,” soal netizen.
“Saya pun tak tahu, Alhamdulillah je lah yang boleh saya cakap,” kata Ira.
Sementara itu, Ira turut ditanya mengenai wanita yang cuba menjalin cinta bersama suami orang. Memberikan jawapan ringkas, Ira meminta agar individu tersebut berhenti berbuat demikian.
“Berhentilah, jangan bercinta dengan suami orang,” katanya.
Terdahulu, Ira dan Syamsul Yusof berkahwin di Selatan Thailand pada 6 Januari 2023. Bagaimanapun pasangan itu disahkan bercerai pada September tahun lalu.





