Uyaina Mengidam Emas, Sanggup Ke Kuala Pilah, Tak Sangka Murah

Uyaina Mengidam Emas, Sanggup Ke Kuala Pilah, Tak Sangka Murah


Hamil anak ketiga, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkata dia tidak mengidam makanan pelik sebaliknya mengidam emas.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Uyaina sanggup ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk membeli emas selepas mengetahui harga emas disana berbeza dan lebih murah.

BACA: Uyaina Arshad, Suami Sambung Belajar Di Universiti Oxford

@uyaina.arshad

Uyaina mengidam apa mengandung kali ketiga ni? Mengidam makanan ? Mengidam emas ? True story. Third pregnancy ni lain macam hahaha! Bila Kak Faz Ariani cakap omeh Pilah murah, so I macam….. Hmmm…. Yeke…. So I tanya kat Threads minggu lepas. Dan ternyata ramai orang Pilah kata ya. Omeh Pilah murah. Jadi untuk mendapatkan kepastian, maka I pun gigih lah ke Pilah hari ini. Dan ternyata.. Ia bukanlah dongeng. Benar belaka. Haha! I masuk dekat 8 kedai tadi. Survey satu2. Tengok harga emas. Tengok harga upah. Tengok design. Dan compare. Kena rajin sikit lahhhh! Kesimpulannya: SANGAT BERBALOI YA ? Itupun tukang emas tu kata harini harga tinggi lagi dari semalam ? But it’s okay. Ni rezeki I & I’m happy ? P/s: I masih tak tahu gender baby ni. Kalau girl, it explains a lot why I suka emas. Kalau boy, maybe dia akan jadi tokey kedai emas yang terkemuka suatu hari nanti aaminnnnn ??

? original sound – UyainaArshad – UyainaArshad

“Saya tanya dekat Threads minggu lepas. Dan ternyata ramai orang Pilah kata ya. Omeh Pilah murah. 

“Jadi untuk mendapatkan kepastian, maka saya pun gigih lah ke Pilah. Dan ternyata.. Ia bukanlah dongeng. Benar belaka,” tulisnya.

Sementara itu, Uyaina memaklumkan dia belum mengetahui jantina anak dalam kandungannya.

“Kalau perempuan, ia menjawab semuanya kenapa saya suka emas. Kalau lelaki, mungkin dia akan jadi tauke kedai emas terkemuka suatu hari nanti,” selorohnya.






Source link

OR

Scroll to Top