Penyanyi Ziana Zain merasa sedih dan tidak tahu bagaimana mahu meluahkan perasaan apabila kehilangan kedua ibu bapanya dalam tempoh empat bulan.
Memetik mStar Online, Ziana berkata dia memohon agar dikuatkan hati untuk berdepan pemergian insan tersayang serta menyifatkan ianya memberi impak mendalam dalam hidupnya .
BACA: “Jangan Hakimi Puteri Sarah Sebab Awak Bukan Dalam Kasut Dia” – Ziana Zain
“Dalam tempoh empat bulan kami kehilangan abah kemudian mak. Sejujurnya saya sendiri tak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan. Hanya mohon Allah kuatkan hati saya.
“Aidilfitri dan Ramadan tahun depan saya langsung tak dapat bayangkan bagaimana mahu menyambutnya tanpa mereka,” katanya.
Sementara itu, Ziana berkata fikirannya terasa kosong selepas pemergian ibu tercinta, Allahyarham Robiah Abdul serta tidak dapat membayangkan hari raya tanpa kedua ibu bapanya.
“Otak rasa kosong. Nak fikir pasal raya pun tak mampu. Nak minta maaf dengan siapa lagi? Tinggal adik beradik saja.
“Perlu masa untuk pulih. Dalam tempoh empat bulan kehilangan dua insan tersayang bukan mudah. Namun itulah cinta hati mak, sehidup semati dengan abah,” katanya.
Terdahulu, Allahyarham Robiah Abdul meninggal dunia pada pukul 10.42 pada malam Rabu lalu di Hospital Klang. Allahyarham menghidap penyakit kanser hati yang telah merebak ke organ dalaman.
Sumber: mStar Online





