Pelakon Isa Khan menyorot perhatian ramai selepas memuat naik video hitam putih memperlihatkan dirinya sedang berjalan sendirian sekali gus mengundang pelbagai spekulasi mengenai status rumah tangganya bersama isteri, Risteena Munim.
Lebih menguatkan dakwaan tersebut, kapsyen yang disertakan pada hantaran di TikTok miliknya itu dilihat seolah-olah memberi bayangan bahawa hubungan mereka kini telahpun terlerai.
“Sesungguhnya cinta manusia tiada yang kekal, kecuali cinta pada yang kekal abadi.
“Sudah takdir untuk jalan sendiri, cerita kita hanya sampai di sin,” katanya.
Bagaimanapun, setakat ini Isa mahupun Risteena masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung status sebenar rumah tangga mereka.
Untuk rekod, Isa dan Risteena mendirikan rumah tangga pada Mac 2021 dan sebelum ini sering dilihat berkongsi momen kebahagiaan bersama di media sosial.






