Peguam syarie mewakili penyanyi Nubhan menafikan dakwaan bekas isteri anak guamnya iaitu Dr Fie bahawa barangan peribadinya dicampak keluar seperti yang diluahkan di media sosial.
Memetik Harian Metro, peguam Mohd Redzuan berkata proses pengalihan barang itu dialkukan secara berhemah dan teratur.
BACA: “Tangan Saya Menggigil, Sekurangnya Tunggu Harta Sepencarian Atau Bincang Elok-Elok”
“Saya turut dimaklumkan bahawa proses pengalihan barang-barang peribadi bekas isteri dibuat Nubhan secara kemas dan teratur menggunakan khidmat syarikat angkut yang berdaftar.
“Jadi, dakwaan (Dr Afifah) bahawa barang-barang peribadi dicampak keluar adalah tidak benar dan fitnah,” katanya.
Menurutnya lagi, tindakan Nubhan mengeluarkan barangan milik bekas isterinya dari rumah yang didiami Dr Fie bersama anak-anak mereka kerana penyanyi itu bercadang mahu tinggal semula di rumah yang juga adalah miliknya.
“Nubhan meminta pendapat saya untuk menduduki kembali rumah itu (yang dibeli) atas namanya. Saya menjelaskan bahawa tiada kesalahan dalam undang-undang dan hendaklah dibuat secara baik dan berhemah.
“Saya juga dimaklumkan bahawa tempoh iddah bekas isteri (Dr Afifah) sudah lama selesai atau tamat. Sehingga kini juga Nubhan masih lagi menanggung pembayaran penuh rumah itu berserta bil utiliti,” katanya.
Sumber: Harian Metro





