Dr Fie Akan Buat Laporan Polis, Nubhan Tiada Hak Pecah Masuk Rumah

Dr Fie Akan Buat Laporan Polis, Nubhan Tiada Hak Pecah Masuk Rumah


Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Dr Afifah Hidayah berkata anak guamnya akan memfailkan tindakan sivil terhadap penyanyi Nubhan atas dakwaan memecah masuk kediaman dan mengeluarkan barangan tanpa izin.

Memetik mStar Online, Akberdin berkata perkara tersebut melanggar undang-undang dimana melarang mana-mana pihak termasuk pemilik harta memasuki atau mengambil alih harta tak alih tanpa perintah mahkamah.

BACA: “Dakwaan Barang Peribadi Dicampak Keluar Tidak Benar” – Peguam Nubhan

“Dr Fie akan ambil tindakan sivil untuk ganti rugi kerana dia (Nubhan) melanggar undang-undang. Dia tak boleh suka-suka pecah masuk atau keluarkan barang tanpa kebenaran walaupun rumah itu secara jelas miliknya.

“Sepatutnya dia perlu mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu. Lagipun dia tahu bekas isterinya itu sedang tuntut harta sepencarian di mahkamah.

“Sepatutnya dia kena benarkan bekas isteri dan anak-anak terus tinggal di situ sehingga mahkamah buat keputusan. Selepas ini anak-anak nak tinggal di mana?,” katanya.

Sementara itu, Akberdin berkata Nubhan yang didakwa masuk ke rumah serta mengeluarkan barangan peribadi dan menukar kunci kediaman disifatkan sebagai satu pelanggaran undang-undang.

“Walaupun rumah itu atas nama Nubhan, dia tak boleh suka-suka keluarkan barang. Kena ikut undang-undang.

“Dia tahu Dr Fie sedang bercuti, dia pandai-pandai masuk rumah selepas rampas telefon pembantu rumah. Dia tak bagi untuk hubungi klien saya. Selepas kumpulkan segala barang bekas isterinya, baru dia bagi telefon itu semula,” katanya.

Dalam pada itu, Akberdin berkata Dr Fie akan membuat laporan polis sebaik saja tiba di tanah air esok.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top