Adam Lee Tak Layan Mesej Pelik, Nak Dapatkan Sweet Qismina Pun Susah

Adam Lee Tak Layan Mesej Pelik, Nak Dapatkan Sweet Qismina Pun Susah

Adam Lee Tak Layan Mesej Pelik, Nak Dapatkan Sweet Qismina Pun Susah


Pelakon Adam Lee berkata dia tidak melayan mesej pelik yang diterimanya di media sosial serta memilih untuk menjaga iman.

Menerusi temu bual bersama Hlive, Adam berkata dia akan menjaga keharmonian rumah tangga serta mengimbau kembali ketika mahu memikat isterinya pun susah.

BACA: Baru Tiga Tahun Kahwin, Sweet Qismina Tak Terfikir Buat IVF

“Saya tak melayan, tak ada masa saya nak melayan. Saya nak dapatkan Sweet, nak kahwin pun susah. Kenapa kita nak buat perangai. InsyaAllah kita cuba menjaga, kuatkan iman, saya berlawan dengan diri saya,” katanya.

Sementara itu, Sweet berkata setiap perkahwinan pasti ada ujiannya tersendiri serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat rumah tangganya.

“Ujian sentiasa datang dalam rumah tangga, jadi doakan yang terbaik semoga hubungan kita orang ni Allah akan jaga sampai bila-bila. Soal jodoh Allah yang tentukan, siapa kita nak persoalkan apa-apa. Semoga tiada benda buruk berlaku,” katanya.

Sumber: Hlive






Source link

OR

Scroll to Top