“Saya Tak Suka Anak Jadi Artis” – Puteri Sarah Mahu Sumayyah Jadi Doktor, Syaikhul Engineer

“Saya Tak Suka Anak Jadi Artis” – Puteri Sarah Mahu Sumayyah Jadi Doktor, Syaikhul Engineer


Pelakon Puteri Sarah Liyana mengakui kurang selesa sekiranya anak-anaknya terlalu didedahkan kepada dunia hiburan, sebaliknya memilih untuk memberi keutamaan kepada aspek pendidikan sejak usia muda.

Menurut Puteri Sarah, dia tidak menghalang sepenuhnya jika anak-anaknya muncul dalam iklan televisyen (TVC) atau sesekali tampil di media sosial, namun pendedahan itu perlu dilakukan secara sederhana dan terkawal.

“Kalau sekadar buat TVC macam sekarang atau muncul sekejap dalam siaran langsung untuk ucap ‘hi’, itu tak mengapa. Tetapi kalau terlalu kerap dan berlebihan, saya memang tak suka,” katanya.

Tambah aktres berusia 40 tahun itu, fokus utamanya ketika ini adalah memastikan pembelajaran anak-anaknya tidak terjejas, malah dia mempunyai harapan besar terhadap masa depan mereka.

“Bagi saya, pelajaran anak-anak sangat penting. Kalau boleh, saya nak Sumayyah jadi doktor, manakala abang (Syaikhul) pula memang berminat dalam bidang kejuruteraan,” ujarnya.

Bekas isteri kepada aktor dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof ini berkongsi pendirian itu ketika menjawab soalan netizen menerusi ruangan Ask Me A Question di Instagram (IG) yang bertanya sama ada dia gemar melihat anak-anaknya mengikut jejak langkah sebagai selebriti.

Artikel Berkaitan: Masih Dalam Group WhatsApp Keluarga Mentua, Netizen Puji Puteri Sarah Beruntung Terus Disayangi

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Nasihat Dr. Fie Kawal Emosi, Rancang Tindakan Dengan Bijak – “Keadaan Ini Ibarat Main Catur”

Artikel Berkaitan: Sambut Hari Jadi Bersama Anak Di Jakarta, Puteri Sarah Luah Rasa Syukur – “Untuk Semua Peluang & Pintu Yang Ditutup Untuk Saya…”



Source link

OR

Scroll to Top