Aryna kembali ke Terbuka Australia tanpa rasa dendam

Aryna kembali ke Terbuka Australia tanpa rasa dendam

Aryna kembali ke Terbuka Australia tanpa rasa dendam


Brisbane: Pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka berkata dia tidak hadir untuk membalas dendam selepas kehilangan takhta kejuaraan Terbuka Australia tahun lalu kepada pemain Amerika, Madison Keys.

Aryna melangkah ke final di Melbourne Park dengan sasaran untuk menjadi wanita pertama sejak Martina Hingis memenangi Terbuka Australia tiga kali berturut-turut.

Namun, dia tewas kepada Madison, yang memenangi Grand Slam pertamanya dalam persembahan mengagumkan di Rod Laver Arena.

Pemain Belarus itu berkata tiada perbezaan sama ada dia datang ke Australia sebagai juara atau naib juara.

“Tidak kisahlah kejohanan apa sekalipun,” katanya menjelang kejohanan pemanas badan di Brisbane.

“Jika saya juara bertahan, jika saya tewas pada pusingan pertama tahun lalu, matlamat tetap sama – untuk menunjukkan permainan terbaik saya dan memperbaiki mutu permainan.

“Secara jujurnya, itu sahaja. Saya sentiasa fokus pada diri sendiri dan memastikan saya berada pada tahap 100 peratus,” katanya lagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top