2 maut kemalangan empat kenderaan

2 maut kemalangan empat kenderaan

2 maut kemalangan empat kenderaan


am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Dua maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan perumahan di Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya di sini, hari ini.

Mangsa maut adalah lelaki tempatan berusia 29 tahun yang memandu Nissan GT-R dan pemandu Perodua Axia berusia 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Sohaimi Ishak berkata, kemalangan dilapor berlaku pada 3.20 petang membabitkan kereta jenis Nissan GT-R, Kia Picanto dan dua kereta Perodua Axia.

Katanya, siasatan awal mendapati pemandu Nissan GT-R hilang kawalan di lokasi kejadian dan memasuki laluan bertentangan, sebelum merempuh Kia Picanto yang dipandu wanita berusia 58 tahun, serta dua Perodua Axia masing-masing dipandu lelaki tempatan berusia 30 dan 29 tahun.

“Rempuhan menyebabkan kenderaan terbabas ke bahu kanan jalan, dengan pemandu Nissan GT-R disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu Perodua Axia berusia 30 tahun yang parah di kepala meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala empat mangsa lain cedera ringan.” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai dinasihati agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mengamalkan pemanduan berhemah demi keselamatan semua pihak.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menyalurkannya kepada pihak polis di talian 07-386 4222, katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top