Gambar dikongsikan oleh pelakon Fazura bersama anaknya, Fatima Aisya ketika bercuti di luar negara menjadi perhatian netizen.
Menerusi gambar dikongsikan, memaparkan Fazura sedang mendukung anaknya sebelah tangan sambil mengangkat stroller.
BACA: Pengawal Peribadi Fazura Doakan Fatima Dijauhkan Dari Orang Munafik

Dalam satu hantaran di Threads, netizen kagum dengan Fazura serta mengatakan kekuatan seorang ibu sememangnya luar biasa.
Hantaran individu itu mendapat reaksi daripada Fazura yang mengatakan dia sudah membuat persiapan awal menjaga kesihatan untuk menjaga anaknya dengan sebaiknya.







