Pelakon, Datuk Remy Ishak mendakwa rakan selebritinya, Kamal Adli telah berubah terutamanya dari segi bentuk fizikal badannya yang dikatakan kurus.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Remy atau nama sebenarnya, Datuk Mohammad Zalimei Ishak, 44, mempersoalkan apakah perkara yang dilakukan oleh Kamal sehingga badannya menjadi kurus.
“Betul ni, kau nampak kuruslah Kamal. Kau buat apa ha?,” katanya.
Bukan itu sahaja, Remy turut memaklumkan dia dan aktor, Syafiq Kyle turut bersetuju bahawa Kamal telah berubah dan seolah-olah menjadi orang lain.
Malah, Syafiq dalam video berkenaan turut membuat isyarat dengan menunjukkan ‘jawline’ di wajah Kamal.
“Saya dan Syafiq Kyle setuju Kamal dah berubah. Awak semua setuju tak Kamal Adli is a new Kamal?,” soalnya sambil meletak ‘poll’ di IG bertanya sama ada netizen setuju dengan kenyataannya atau tidak.
Sebelum ini, Kamal pernah menjelaskan fizikal badannya kurus kerana dia terbabit dengan penggambaran sebuah filem.
Artikel Berkaitan: Kamal Adli Semakin Segak, Dipuji Persis Shah Rukh Khan – “Saya Kena Kurus Sebab…”
Terdahulu, Kamal mengakui dia tiada azam dan tidak mempunyai semangat untuk menyambut tahun baharu 2026 ketika sedang berdepan konflik rumah tangga bersama isteri, Uqasha Senrose.
Artikel Berkaitan: “Tak Sampai Hati Senyum Depan Orang” – Kamal Adli Akui Tiada Semangat Sambut Tahun Baharu 2026






