Tukang paip 'miang', sempat cabul anak pelanggan

Tukang paip 'miang', sempat cabul anak pelanggan

Tukang paip 'miang', sempat cabul anak pelanggan


am@hmetro.com.my

Pasir Gudang: Seorang tukang paip berusia 40-an ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, suspek direman selama enam hari hingga 11 Januari depan.

“Polis mengesahkan menerima laporan daripada keluarga remaja perempuan itu.

Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya ketika dihubungi tadi.

Sementara itu, ibu remaja perempuan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sally, 46, berkata, pihaknya membuat laporan polis di Balai Polis Seri Alam pada 4 Januari lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 2.30 petang pada 1 Januari lalu di kediaman keluarganya di Pasir Gudang di sini.

Menurutnya, ketika kejadian lelaki berusia 40-an mengunjungi kediamannya bagi menjalankan kerja pembaikpulihan paip.

“Ketika kejadian hanya anak perempuan, anak lelaki serta bapa saya di rumah manakala saya ke rumah ibu yang terletak berdekatan rumah kami.

“Menurut anak gadis kami, lelaki itu bertindak memeluk eratnya, meraba punggung serta menciumnya.

“Pada 2 Januari, lelaki itu mengulangi perbuatan itu sebelum anak perempuannya itu menceritakan perbuatannya kepada keluarganya.

“Ini adalah pertama kali lelaki itu menjalankan kerja pembaikpulihan paip di rumah keluarga kami dan dia juga merupakan rakan sekolah kepada bekas suami saya sebelum ini,” katanya.

Ibu tunggal itu berkata, dia semakin bimbang dengan anak perempuannya itu yang kelihatan trauma serta kerap menangis selepas kejadian.

“Kami berharap pihak polis mengambil tindakan sesuai terhadap lelaki itu.

“Dia harus dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Wanita berkenaan juga mengadu permasalahannya kepada Pem Pelindung Kanak Kanak negeri Johor.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top