“Paling Kurang Ajar Setakat Pagi Ini” – Zara Zya Naik Angin Terima Komen L*cah

“Paling Kurang Ajar Setakat Pagi Ini” – Zara Zya Naik Angin Terima Komen L*cah


Pelakon popular, Zara Zya rasa kesal dan kecewa apabila menerima komen berunsur lucah daripada seorang individu lelaki di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, memuat naik tangkap layar memaparkan komen tidak beradab itu sebagai teguran terbuka terhadap sikap segelintir netizen yang disifatkan melampaui batas.

Menurut aktres drama rantaian Sumpah Ibuku ini, dia sering berusaha menjaga kesihatan mental dengan menapis komen yang dibaca, namun ada komen tertentu yang sukar untuk diabaikan.

“Kadang penat nak baca komen sebab saya ingin menjaga mental health saya. Banyak komen yang saya dapat,” tulisnya.

Zara turut mengakui masih terdapat komen positif yang mampu menceriakan harinya, malah ada kalanya dia terpanggil untuk membalas sebagai tanda menghargai sokongan peminat.

“Komen yang positif mampu buat saya tersenyum. Ada masa saya balas supaya si pemberi komen pun gembira bila dapat respon daripada saya,” katanya.

Namun, Jelas Zara, dia turut menerima pelbagai kata-kata keji termasuk gurauan kasar, penghinaan terhadap rupa paras, status dirinya yang masih solo serta isu kesihatan.

“Tapi dalam masa yang sama, macam-macam kejian dan gurauan kasar. Ada yang mengutuk wajah saya, status single saya, kesihatan saya dan macam-macam lagi.

“Kata-kata ini antara paling kurang ajar setakat pagi ini saya baca. Secara terbuka kamu komen begini. Kesian pada diri kamu. Keluarga kamu,” tegasnya.

Perkongsian berkenaan menerima sokongan ramai pengikut yang mengecam tindakan individu terbabit, selain memuji keberanian Zara bersuara demi mempertahankan maruah dan kesihatan mentalnya.

 



Source link

OR

Scroll to Top