Nama Zizan Nin menjadi bualan ramai apabila tular video memaparkan pelakon itu muncul di dalam satu podcast.
Menerusi video berkenaan, pelakon berusia 53 tahun itu berkongsikan pengalaman menerima tawaran iklan pertamanya selepas menganggur agak lama.
BACA:
@kena.kupas Zizan Nin cerita job iklan pertama dia, selepas lama menanam anggur. Catch the full conversation on our YouTube & spotify kena kupas channel now! Terus follow kami untuk kupasan dan perkongsian menarik? kenakupas kenachannel#fyp
Dalam podcast berkenaan, Zizan turut menceritakan penglibatannya dalam industri hiburan sehingga mengembangkan kerjaya sebagai pengarah dan penerbit.
Bagaimanapun, diruangan komen rata-rata netizen terkejut dengan imej Zizan sehingga ada yang hampir tidak mengenali pelakon itu kerana dilihat berbeza.
Sementara itu, ada yang teringat kembali zaman popular Zizan membintangi satu iklan bersama Melissa Maureen.
Turut menjadi perhatian, ada yang meninggalkan komen mempersoalkan sekiranya aktor tersebut mengenakan rambut palsu.







