Pelakon Nad Zainal berkata dia memilih untuk tidak berbelanja secara berlebihan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada Mac ini.
Menerusi hantaran di Threads, Nad berkata dia mahu berjimat pada tahun ini serta menyimpan untuk keperluan anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.
BACA: Nad Zainal Beri Pesanan, Minta Wanita Jauhi Lelaki Rela Jadi ‘Suri Rumah’

Menurut Nad lagi, dia membeli baju raya daripada TikTok berharga tidak lebih RM100 dan baginya yang penting ianya kelihatan cantik.
Hantaran Nad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsikan mereka juga membeli baju raya daripada platform berkenaan kerana harganya yang murah serta cantik.






