Kumpulan Media Prima ungguli Kinabalu Press Award

Kumpulan Media Prima ungguli Kinabalu Press Award



am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) mengungguli Majlis Anugerah Kinabalu Press Awards, malam ini apabila meraih lima hadiah utama dan sembilan merit.

Harian Metro (HM) memenangi hadiah utama bagi Anugerah Sukan menerusi berita bertajuk ‘Bakat luar biasa Isabelle’ tulisan wartawan sambilannya, Recqueal Raimi.

New Straits Times (NST) pula memenangi hadiah utama laporan berkumpulan bagi berita menerusi laporan bersiri, Krisis Politik di Sabah.

Menerusi wartawannya, Olivia Miwil, NST memenangi tiga anugerah merit masing-masing dalam kategori Anugerah Hiburan, Budaya dan Seni; Laporan Berita dan Laporan Perniagaan dan Ekonomi berbahasa Inggeris, manakala wartawan sambilan Roy Goh menerima merit bagi kategori Anugerah Kewartawanan (Rencana dan Bukan Rencana) bahasa Inggeris.

Sementara dua merit bagi Anugerah Laporan Berita dan Anugerah Sukan bahasa Melayu dimenangi wartawan sambilan Berita Harian (BH) Thaddius Unnip dan wartawan TV3, Safwan Sawi dan Mohammed Fairuz Yazzer memenangi dua anugerah utama bagi Laporan Hiburan, Budaya dan Seni dalam bahasa Melayu (penyiaran) yang bertajuk ‘Sumpit terakhir – hilang pewaris pembuatan tradisional’ dan anugerah Laporan Perniagaan dan Ekonomi bertajuk ‘Sabah kembali pacu sumber minyak dan ‘Gas setarakan ekonomi rakyat’.

Wartawan TV3, Mohammed Yazzer Mahmun dan Joseph George P Loling memenangi hadiah utama Kewartawanan Penyiaran dengan laporan berita bertajuk ‘Aduan Rakyat: Kes ancaman buaya di Sabah’

Selain itu, TV3 juga merangkul merit bagi kategori Anugerah Alam Sekitar (penyiaran) dan Kewartawanan Penyiaran dalam bahasa Melayu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hadir merasmikan majlis dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai serta Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top