“Mukanya Bersih, Seolah Tiada Dosa..” – Kak KM Nak Menangis Jumpa Ustazah Asma

“Mukanya Bersih, Seolah Tiada Dosa..” – Kak KM Nak Menangis Jumpa Ustazah Asma

“Mukanya Bersih, Seolah Tiada Dosa..” – Kak KM Nak Menangis Jumpa Ustazah Asma


Usahawan sensasi Kak KM atau Liana Rosli berkongsikan pengalaman bertemu dengan pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun.

Menerusi satu video tular, Kak KM berkata pertemuan tersebut  membuatkan dirinya sebak dimana ketika itu dia berada di lapangan terbang dan Ustazah Asma menegur serta memeluknya.

BACA: Kak KM Tak Kisah Berhabis RM50,000 Beli Sejadah

“Ustazah Asma Harun tegur dan peluk Kak KM di lapangan terbang, saya rasa nak nangis sebab apa yang orang luar cakap sebenarnya banyak tak betul.

“Walaupun Ustazah Asma ada cakap pasal Kak KM mungkin itu cara dia, kalau dia benci buat apa dia datang dekat aku. Sebenarnya Ustazah Asma sangat baik, comel..mukanya bersih macam tiada dosa,” katanya.

Sementara itu, dalam pertemuan tersebut Ustazah Asma mendoakan agar Kak KM diberikan hidayah serta percaya bahawa usahawan itu seorang insan yang baik.

“Semoga sentiasa dijaga, dipelihara Allah selalu. Kita sama-sama berkumpul di syurga, diberikan petunjuk hidayah. Saya tahu Kak KM orangnya baik dalam dan luar insya-Allah. Jaga diri ya,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top