“Terima Kasih Uqasha, Minta Maaf Kalau Saya Jadi Suami Tak Baik”

“Terima Kasih Uqasha, Minta Maaf Kalau Saya Jadi Suami Tak Baik”


Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa sedih selepas sah bercerai dengan isterinya, Uqasha Senrose di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Memetik Harian Metro, Kamal berkata dia tidak mahu rumah tangganya berakhir serta memohon maaf seandainya dia tidak menjadi suami yang baik.

BACA: “Saya Tak Kuat…Saya Tak Nak Sampai Sini” 

“Terima kasih Uqasha terima saya sebagai suami, lelaki dicintai dan bapa.

“Saya minta-maaf kalau ada kurang, kalau saya jadi suami tak baik. Untuk keluarga Uqasha, minta maaf sangat-sangat. Selain kepada keluarga saya dan kawan-kawan yang suruh berjuang pertahan,” katanya.

Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira kini berusia 19 bulan.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top