Pelakon yang juga suami kepada aktres popular Rozita Che Wan iaitu, Zain Saidin tampil menitipkan kata-kata semangat buat rakan seperjuangannya, Kamal Adli susulan episod duka yang melanda rumah tangga aktor itu bersama Uqasha Senrose.
Menerusi hantaran video di platform Threads, Zain mengakui bahawa dia memahami apa yang sedang dilalui Kamal dan percaya setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri.
“Saya memahami apa yang dilalui oleh Kamal. Allah sentia sabersama awak dan Hawra.
“Dan, semoga suatu hari nanti jika anda berdoa berjodoh semula, moga anda berdua lebih kuat daripada sekarang,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Sah Cerai Talak Satu, Kamal Adli Akui ‘Hancur’?
ARTIKEL BERKAITAN: “Komen Terhadap Uqasha Sangat Biadab & Penuh Kebencian” – Aprena Manrose Tampil Pertahan Uqasha Senrose
Menurut Zain, video tersebut dibuat khusus buat Kamal dan Uqasha memandangkan dia mengenali kedua-duanya meskipun dia lebih rapat dengan aktor tersebut.
“Assalamualaikum, video ini saya buat adalah untuk Kamal dan Uqasha. Saya kenal mereka berdua. Tapi saya lebih rapat dengan Kamal.
“Tapi Kamal sekiraanya anda melohat video ini, saya tahu awak telah cuba sehabis baik,” kongsinya.
Sebagai seorang bapa, Zain juga meluahkan empati terhadap perasaan Kamal yang kini berdepan ujian besar melibatkan keluarga dan anak.
“Sebagai seorang bapa, saya juga faham… saya pun ada anak perempuan dan anda telah mencuba sehabis baiknya untuk mempertahankan hubungan dengan Uqasha.
“Dan untuk anak, saya sendiri melihat apa yang telah anda lalui dan melihat kepada emosi awak, aku tahu sangat apa yang kau lalui. Kerana aku pun, benda paling takut adalah perkara sebegini berlaku,” jelasnya.
Dalam masa sama, Zain menegaskan, dia tidak berpihak kepada mana-mana pihak, sebaliknya hanya mendoakan yang terbaik buat Kamal dan Uqasha.
“Dari segi Uqasha pula, saya tak tahu apa sebenarnya yang terjadi… Apapun, i wish you guys all the best. Saya tidak berpihak dengan mana-mana (Kamal atau Uqasha) tapi saya faham.
“Apapun Kamal, benda yang berlaku ini ada hikmahnya. You are very strong. Aku sendiri tak boleh bayangkan kalau perkara sebegini terjadi pada aku,” ujarnya.
Menyifatkan rakannya itu sebagai seorang lelaki yang kuat dan percaya setiap ketentuan Allah pasti ada sebab dan hikmah, Zain juga tidak menolak kemungkinan sekiranya masih ada jodoh antara Kamal dan Uqasha pada masa hadapan kelak.
“Apapun Kamal, benda yang berlaku ini ada hikmahnya. You are very strong. Aku sendiri tak boleh bayangkan kalau perkara sebegini terjadi pada aku.
“Kalau ada jodohtidak kemana, manatau ada jodoh lagi… nothing is impossible,” katanya.

Diakhir perkongsian tersebut, ain menyeru orang ramai agar tidak terus mengeruhkan keadaan dengan melemparkan kata-kata negatif terhadap mana-mana pihak.
“Kepada orang di luar sana (sama ada peminta Kamal atau Uqasha) tak payah laga-lagakan mereka. Tak payah bantai, tak payah. Ini rumah tangga mereka. Kita tak payah ambil tahu benda tu semua.
“Just support, cakap benda yang baik itu sahaja. Kalau nak memburukkan pun ia takkan mengubah apa-apa. Peminat ni tolong lah cakap benda baik sahaja. Dosa kot bila kita bercakap benda tak baik,” tegasnya.





