Banglo Sajat Akhirnya Terjual RM3.73 JutaBanglo mewah milik usahawan, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad akhirnya berjaya dilelong pada harga RM3.73 juta.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang ejen hartanah, Ishaq Marazi menerusi satu hantaran di platform Facebook.
BACA: “Hoi Anjing, Kau Dah Kenapa” – Sajat Mengamuk Didakwa Meninggal Dunia
Menurutnya, empat pembida berentap untuk membeli banlo dua tingkat yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya.
“Lelong harga RM3.07 juta. Harga asal RM6.5 juta. Banglo dua tingkat. Enam bilik, tujuh bilik air. Keluasan tanah 11,093 kaki persegi,” tulisnya.
Difahamkan, banglo tersebut dijual oleh Sajat pada harga RM9 juta namun nilainya diturunkan kepada RM4.68 juta.





