Pempengaruh media sosial, Betty Rahmad berkongsikan perubahan hidupnya selepas berhijrah dan menghadiri majlis ilmu.
Menerusi perkongsian di Threads, Betty berkata pemahamannya berubah dalam memberikan teguran perlulah dalam keadaan lembut dan tidak memalukan.
BACA: Anak Mengaji, Pemergian Siti Sarah Jentik Hati Betty Rahmad Berhijab

Menurut Betty lagi, dia juga memahami bahawa setiap umat Islam wajib menegur saudara seagama meskipun individu itu bukan ahli agama.
“Bila selalu ke majlis ilmu baru faham, setiap umat Islam WAJIB tegur saudara Islam tak perlu tunggu jadi Ustaz atau Ustazah. Tapi dalam keadaan lembut dan tidak memalukan,” katanya.
Sementara itu, Betty mengakui sebelum ini dia tahu mengenai halal haram serta berdoa agar Allah melembutkan hati semua untuk menerima kebenaran.






