“Tangan Atas Riba, Kata Saya Kacak Muka Jambu”

“Tangan Atas Riba, Kata Saya Kacak Muka Jambu”

“Tangan Atas Riba, Kata Saya Kacak Muka Jambu”


Penyanyi Zaki Yamani mendakwa dia juga pernah berdepan pengalaman apabila ada individu dalam bidang produksi cuba melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Memetik BH Online, Zaki berkata kejadian itu berlaku ketika dia masih bersekolah dan bertemu dengan individu berkenaan atas urusan kerja.

BACA: Kereta Mercedes Dah Beli, Tanah Pun Dah Ada, Zaki Yamani Nak Bina Rumah Pula

Bagaimanapun, Zaki mendakwa individu tersebut melakukan tindakan mengejutkan apabila meletakkan tangan di atas ribanya ketika mereka berdua-duaan di dalam sebuah bilik.

“Ketika itu saya sedang bekerja dan diminta bertemu seseorang. Dia memanggil saya masuk ke bilik, saya sangka berkaitan kerja, tetapi tindakannya mula lain.

“Dia sentuh saya, tangannya berada di atas riba saya dan memuji kata saya kacak serta muka ‘jambu’. Perkara itu buatkan saya sangat tidak selesa,” katanya.

Menurut Zaki lagi, dia terus keluar daripada bilik berkenaan tanpa berfikir panjang selepas mengetahui individu tersebut mempunyai niat lain.

“Daripada situ saya tahu dia bukan mahu tawarkan kerja, tetapi ada niat lain. Saya terus bangun dan keluar. Nasib baik ibu saya berada di kawasan itu, jadi saya terus beritahu kepadanya,” katanya.

Dalam pada itu, anak kepada Datuk Jamal Abdillah itu berkata selepas kejadian itu dia lebih berhati-hati dan akan sentiasa ditemani ibunya.

“Sekarang ini, kalau ada kerja yang tiba-tiba panggil ke bilik atau tempat tertutup, saya akan bawa ibu. Saya lebih selesa kalau dia ada,” katanya.

Sumber: BH Online






Source link

OR

Scroll to Top