Kay Bin, Zakry antara calon jurulatih BAM

Kay Bin, Zakry antara calon jurulatih BAM

Kay Bin, Zakry antara calon jurulatih BAM


saifulaffendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Barisan tambahan jurulatih baharu yang dirancang untuk dilantik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dijangka akan memulakan tugas mereka seawal bulan depan.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, secara asasnya peruntukan bagi kemasukan jurulatih baharu sudah diluluskan dan pengumuman rasmi dijangka akan dilakukan dalam tempoh seminggu dua lagi.

Jelas beliau, BAM kini memberi fokus lebih komprehensif kepada aspek pembangunan dengan menambah bilangan pemain remaja, sekali gus memerlukan tambahan tenaga jurulatih.

“Dalam mesyuarat ahli majlis baru-baru ini, presiden (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz), menegaskan keperluan memberi penumpuan lebih besar kepada pembangunan. Bila kita ambil lebih ramai pemain remaja, secara tidak langsung kita memerlukan lebih ramai jurulatih.

“Disebabkan itu, bajet juga telah ditingkatkan dengan ketara dan ia dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.

Sementara itu, Kenny berkata, belum ada mana-mana jurulatih yang dikenal pasti itu menandantangani kontrak secara rasmi.

“Kontrak belum ditandatangani dan surat tawaran juga belum dihantar, tetapi calon-calon sudah dikenal pasti. Kita jangka ia akan dimuktamadkan dalam satu atau dua minggu,” katanya.

Antara nama jurulatih tempatan yang disebut-sebut bakal memperkukuhkan struktur kejurulatihan BAM ialah bekas pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Yeoh Kay Bin dan bekas pemain beregu lelaki, Mohd Zakry Abdul Latif.

Kay Bin difahamkan akan diberi peranan sebagai ketua jurulatih perseorangan remaja kebangsaan menggantikan Datuk Tey Seu Bock yang kembali membimbing skuad perseorangan lelaki senior negara.

Zakry pula dikatakan bakal menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih beregu wanita negara di bawah ketua jurulatih, Rosman Razak.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top