15 minit kejar mengejar, APMM patahkan cubaan lari 32 PATI ikut jalan laut

15 minit kejar mengejar, APMM patahkan cubaan lari 32 PATI ikut jalan laut

15 minit kejar mengejar, APMM patahkan cubaan lari 32 PATI ikut jalan laut


am@hmetro.com.my

Shah Alam: Cubaan membawa keluar 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Malaysia melalui laluan laut gagal apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan mereka, awal pagi hari ini.

Timbalan Pengarah Operasinya, Komander Maritim Mohd Fairusnizam Abdul Razak berkata, pihaknya mengesan bot kayu yang mencurigakan pada kedudukan kira-kira 3.6 batu nautika barat daya Kuala Selangor, jam 4.15 pagi.

Beliau berkata, vesel berwarna merah dan biru tanpa nombor pendaftaran itu diarah berhenti untuk pemeriksaan namun juragannya enggan mematuhi arahan dan cuba melarikan diri.

“Selepas kira-kira 15 minit aksi kejar-mengejar, bot berkenaan berjaya dipintas dan ditahan oleh pasukan kami.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 32 PATI berada di atas vesel itu terdiri daripada 23 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 24 hingga 60 tahun dipercayai cuba keluar dari negara ini secara haram,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Fairusnizam berkata, kesemua PATI adalah warga Indonesia dan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang danAntipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

“Kesemua suspek bersama vesel dirampas dan diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan dan tindakan lanjut.” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top