Pelakon dan personaliti terkenal, Zahirah MacWilson mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video bersama adik-beradik perempuannya, sekali gus menerima pelbagai pujian terhadap rupa paras mereka yang disifatkan sebagai ‘international look’.
Menerusi ruangan komen, seorang individu tampil bertanyakan mengenai hubungan sebenar antara mereka bertiga memandangkan wajah mereka kelihatan berbeza.
“Mereka bertiga ni satu ayah dan satu ibu ke? Maaf saya tak tahu.
“Cantik semuanya dan muka lain-lain,” soal individu tersebut.

Melihat kepada komen yang diberikan, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membalas hantaran tersebut dan memaklumkan mereka bertiga adalah adik beradik kandung termasuklah mempunyai seorang adik lelaki.
“Sama mother, same father.
“Tiga perempuan dan seorang lelaki. We have no other half siblings,”balasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wraganet memuji penampilan ketiga-tiga adik beradik tersebut dek kerana masing-masing memiliki kecantikan yang berbeza.








