Mengaku Sukar Jadi Penerbit, Jaja Ishak Ulas Isu Produksi Gagal Buat Pembayaran – “Sanggup Tangguh Shooting Jika Bajet Tak Cukup”

Mengaku Sukar Jadi Penerbit, Jaja Ishak Ulas Isu Produksi Gagal Buat Pembayaran – “Sanggup Tangguh Shooting Jika Bajet Tak Cukup”


Isu bayaran tertunggak melibatkan sebuah syarikat produksi yang didakwa gagal melunaskan pembayaran kru dan pelakon kembali menjadi perhatian.

Baru-baru ini, media melaporkan ada pelakon enggan hadir ke set penggambaran kerana baki bayaran tidak diterima mengikut jadual, selain dakwaan masalah sama turut berlaku bagi beberapa projek lain.

Mengulas mengenai isu itu, penerbit Jaja Ishak berkata dia berhati-hati untuk memberi komen kerana syarikat penerbitannya juga berskala kecil.

Namun, penerbit drama Anak Sena ini menegaskan sepanjang 10 tahun berkecimpung, pihaknya tidak pernah berdepan isu gagal membayar kru atau pelakon.

“Seram sebenarnya nak ulas isu seperti ini, sebab syarikat penerbitan saya pun kecil sahaja. Tapi sepanjang 10 tahun, kita tak pernah terpalit dengan isu tidak pernah membuat bayaran kepada kru dan pelakon.

ARTIKEL LAIN: Jaja Ishak Terbit Lagu Anak Gadis Ina Naim, Terkejut ‘Hati Yang Dikecewa’ Dapat Lebih 500,000 Tontonan Walau Belum Dilancarkan

“Kalau bayar lambat itu pernah ada, tetapi dari pihak saya sendiri, jika kita terpaksa membayar lambat, saya akan memberi arahan kepada pihak akaun dan penerbit eksekutif supaya memberi penerangan yang jelas dan maklumat yang tepat. Kalau kita berjanji tu, kita akan cuba langsaikan secepat mungkin,” katanya.

Jaja turut mengakui kerja penerbit bukan sesuatu yang mudah kerana tekanan utama terletak pada bahu sendiri, termasuk ketidaktentuan kemampuan kewangan yang boleh berubah-ubah mengikut projek.

“Saya faham, tugas menjadi penerbit ini bukanlah senang. Kalau saya dapat putarkan waktu, saya tak mahu menjadi penerbit kerana ‘batu jemala’ itu atas kepala kita sendiri. Kemampuan kewangan pun kita tak dapat tahu, kadang-kadang bagus, kadang-kadang sederhana, kadang-kadang teruk.

“Bagi pihak saya sendiri, kalau saya rasa saya tak mampu nak menjalankan penggambaran atau masa itu saya tengok bajet, kalau bajet RM1 juta, perbelanjaan RM900,000 atau melebihi bajet, saya akan fikir masak-masak sebelum teruskan penggambaran.

ARTIKEL LAIN: 10 Tahun Bangunkan Syarikat Produksi, Tak Lupa Bantu Orang Lain… Jaja Ishak Terima Anugerah Khas Usahawan Wakaf MARA Madani

“Dalam situasi terbabit, sama ada saya hold dahulu penggambaran atau saya tak shooting langsung. Sebab saya sendiri tak nak ada masalah di set penggambaran. Saya takut reputasi terjejas atau berlaku masalah di kemudian hari,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaharu, Jaja berkongsi drama bersiri Panggil Aku Dahlia yang kini bersiaran di TV1 setiap Jumaat hingga Ahad jam 6.45 petang mendapat sambutan memberangsangkan.

“Alhamdulillah, drama ini mendapat rating nombor satu di RTMKlik. Saya tak sangka naskhah terbitan saya yang dilakonkan oleh Razzuan Rosli dan Riena Amirah ini mendapat sambutan yang memberangsangkan,” katanya lagi.



Source link

OR

Scroll to Top