Perkongsian pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz menjadi perhatian apabila memuat naik cover lagu berjudul Takdir Buatku.
Menerusi hantaran berkenaan, Aliff seolah memberi bayangan meluahkan rasa rindu terhadap anak-anaknya serta turut diselitkan momen bersama dua cahaya matanya.
BACA: “Gandingan Aliff Aziz & Uqasha Senrose Ketentuan Takdir” – David Teo
“Andai benar takdir ini yang tertulis buatku, sejujurnya sukar untukku berdamai dengannya,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati serta menitipkan nasihat agar Aliff bertemu dengan kedua-dua anaknya.
Malah, ada yang berharap Aliff berubah menjadi insan lebih baik serta tidak mengulangi lagi kesilapan yang lalu.





