Isu sempadan Sabah-Kalimantan: Kerajaan tegaskan tiada tanah diberi sebagai pampasan

Isu sempadan Sabah-Kalimantan: Kerajaan tegaskan tiada tanah diberi sebagai pampasan


Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tampil memperjelaskan kekeliruan berhubung isu pemuktamadan sempadan darat Sabah-Kalimantan Utara, dengan menegaskan bahawa tiada sebarang tanah diberikan kepada Indonesia sebagai pampasan.

Menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menyatakan pengukuran sempadan melibatkan tiga kampung di Kalimantan Utara dimuktamadkan melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia pada 18 Februari 2025.

Pelarasan sempadan Sabah-Kalimantan dibuat berdasarkan undang-undang

Menurut beliau, setiap inci pelarasan sempadan dibuat berdasarkan undang-undang antarabangsa serta koordinat geospatial yang tepat, bukan atas dasar konsesi politik.

Proses berkenaan juga melalui rundingan teknikal yang komprehensif dan telus selama lebih 45 tahun melibatkan kedua-dua negara.

“Rundingan untuk penandaan dan pengukuran di kawasan masalah sempadan tertunggak (OBP) dilaksanakan secara harmoni di antara kedua-dua negara dan tidak bersandarkan kepada prinsip timbal balik, pampasan atau untung-rugi.
“Hasrat Malaysia dan Indonesia untuk menyegerakan penyelesaian isu sempadan darat bagi sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) dipersetujui semasa lawatan negara mantan Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia pada 8 Jun 2023.
“Proses rundingan turut membabitkan pembabitan aktif wakil kerajaan Negeri Sabah sebagai sebahagian delegasi Malaysia,”ujarnya.

Malaysia tak beri pampasan dalam isu sempadan Sabah-Kalimantan

Arthur turut menafikan laporan media yang mendakwa Malaysia memberikan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan, sambil menegaskan penentuan sempadan dibuat melalui pengukuran saintifik berdasarkan perjanjian terdahulu.

“Keuntungan jangka panjang kedaulatan negara adalah lebih strategik bagi Malaysia untuk memiliki sempadan yang diiktiraf sepenuhnya oleh negara jiran dan masyarakat antarabangsa.
“Pengiktirafan ini lebih signifikan berbanding daripada mengekalkan kawasan pertikaian yang tidak mempunyai keabsahan undang-undang,” katanya lagi.

sabah-kalimantan

Artikel lain:  PDRM sokong Shuhaily terajui AKPS, perkukuh kawalan sempadan negara

Beliau menambah, penetapan sempadan muktamad itu akan mengukuhkan kedudukan perundangan negara serta mengelakkan sebarang konflik pada masa hadapan melalui pendekatan diplomasi berterusan antara kedua-dua negara.

Sumber: Facebook Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)





Source link

OR

Scroll to Top