Beri Nama Anggun Mikayla… Ayda Jebat, Nabil Mahir Sambut Anak Ketiga!

Beri Nama Anggun Mikayla… Ayda Jebat, Nabil Mahir Sambut Anak Ketiga!


Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat melahirkan cahaya mata ketiga, seorang bayi perempuan, sebentar tadi.

Berita gembira itu dikongsikan Ayda menerusi hantaran di Instagram, selain memaklumkan nama pilihan untuk puteri comel itu ialah Anggun Mikayla.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat Hamil Anak Ketiga, Usia Kandungan Sudah Cecah 4 Bulan

Dalam hantaran sama, Ayda turut menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang menitipkan doa.

“Assalamualaikum.. Welcome to the world Anggun Mikayla. Alhamdulillah 26.01.26 lahirnya seorang puteri yang manis.. Terima kasih semua yang mendoakan. Sayang semua,” tulis Ayda di ruangan kapsyen.

Difahamkan, Ayda juga memuat naik momen bersama suami, Nabil Mahir, namun tidak memperlihatkan wajah penuh bayi berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Dapat Baby Girl! Jantina Anak Ketiga Diketahui Saat Gender Reveal – “Kami Ingatkan Lelaki… Banyak Beli Barang Warna Biru”

Sebelum ini, Ayda dan Nabil pernah memaklumkan kandungan ketiga mereka adalah bayi perempuan menerusi majlis khas.





Source link

OR

Scroll to Top