Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat melahirkan anak ketiganya, seorang puteri bernama Anggun Mikayla, di sebuah pusat perubatan swasta hari ini.
Ayda Jebat selamat bersalin anak ketiga
Menerusi hantaran di Instagram, Ayda menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya.
“Assalamualaikum, selamat datang ke dunia Anggun Mikayla. Alhamdulillah 26 Januari 2026 lahirnya seorang puteri yang manis.
“Terima kasih yang mendoakan, sayang semua,” katanya.

Berita gembira itu turut mendapat ucapan tahniah daripada netizen dan rakan selebriti.

Menurut pasangan selebriti ini, anak sulung mereka, Ana Nayla, turut teruja menantikan kehadiran adik perempuan.

Artikel lain: Tahniah! Ayda Jebat umum hamil anak ketiga, usia kandungan kini 4 bulan
Ayda dan suaminya, Nabil Mahir, yang mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021, kini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen dan Anggun Mikayla.
Sumber: IG Ayda Jebat






