Umum mengetahui, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat selamat melahirkan cahaya mata ketiga diberi nama Anggun Mikayla.
Menerusi satu hantaran di Threads, Ayda memaklumkan dia mengalami masalah bengkak susu dan hanya Tuhan sahaja yang tahu rasa sakitnya.
BACA: Ayda Jebat Umum Hamil Anak Ketiga, Usia Kandungan 4 Bulan

“Tengah bengkak susu, sakit hanya Tuhan yang tahu, nak balik biar CL urut. Kalau suami urut lama sangat takut jadi lain pula,” tulisnya.
Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan hantaran Ayda itu serta mendakwa ianya mempunyai unsur double meaning.
Kata netizen lagi perkara itu tidak perlu dikongsikan kepada umum serta mempersoalkan adakah tiada rasa malu.

Dalam pada itu, para-para ibu dilihat meninggalkan komen memahami apa yang dirasai oleh Ayda itu serta berkongsikan tips untuk mengurangkan rasa sakit.






