Bront Palarae Mohon Maaf, Kunyah Gula-Gula Getah Nak Hilangkan Gementar

Bront Palarae Mohon Maaf, Kunyah Gula-Gula Getah Nak Hilangkan Gementar


Penampilan pelakon terkenal, Bront Palarae di pentas pertunjukan fesyen jenama Ariani menjadi perhatian ramai.

Namun ada yang kurang senang melihat Bront memperagakan koleksi Baju Melayu sambil mengunyah gula-gula getah.

BACA: Bront Palarae Dinobat Pelakon Pembantu Terbaik Di Anugerah Thailand

Lebih menjadi perhatian apabila acara tersebut turut dihadiri Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Bagaimanapun, Ariani menerusi akaun rasmi Threads tampil memberi penjelasan Bront dalam keadaan gemuruh untuk acara peragaan di hadapan orang ramai.

Malah, Bront turut memohon maaf kepada pihak Ariani kerana gemuruh sehingga terlupa untuk membuang gula-gula getah sebelum masuk ke pentas.






Source link

OR

Scroll to Top