Personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata, khususnya ketika mengulas tentang tragedi atau musibah yang menimpa individu lain.
Menurut Tyra, masyarakat hari ini terlalu mudah memberikan pandangan terhadap sesuatu isu yang tidak berlaku kepada diri sendiri atau orang terdekat, tanpa memikirkan kemungkinan perkara sama boleh terjadi kepada mereka suatu hari nanti.
“It’s so easy to comment on things yang happen bukan dekat kita or orang yang kita sayang… but one day the same thing could happen to us or the people we love. When that happens, who do we blame?,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Tambah Tyra, setiap individu perlu memilih empati dan kebaikan dalam setiap tutur kata mahupun penulisan.
“Choose empathy and kindness in the words that you speak and write. We don’t know what God has written for us.
“Tak salah nak have awareness tapi be kind with your writing. Mana ada Mak yang nak tengok anak pergi macam tu,” jelasnya.






