“Adakah Akan Terus Hidup Atau Nyawa Berganti” – Uyaina Mohon Doa Bersalin Anak Ketiga

“Adakah Akan Terus Hidup Atau Nyawa Berganti” – Uyaina Mohon Doa Bersalin Anak Ketiga

“Adakah Akan Terus Hidup Atau Nyawa Berganti” – Uyaina Mohon Doa Bersalin Anak Ketiga


Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad memaklumkan dia bakal melahirkan cahaya mata ketiga secara Caesarean (C-section).

Menerusi satu hantaran di Instagram, Uyaina meluahkan perasaan takut yang sukar digambarkan dengan kata-kata, namun berserah kepada ketentuan Ilahi.

BACA: Uyaina Arshad Mengidam Emas, Suami Beri Kad Kredit

“Perasaan? Takut. Takut yang tak boleh nak diluahkan. Serah diri untuk berserah pasrah. Adakah akan terus hidup atau nyawa berganti. Tiga kali dibedah ditempat yang sama. Tiga kali tujuh lapisan kulit dipotong.

“Dan tiga kali juga aku belajar tentang erti tawakkal yang sebenar. Belajar untuk bersimpuh pada ketentuan-Nya. Dan belajar untuk melabuhkan doa tanpa henti,” tulisnya.

Dalam pada itu, Uyaina turut agar diberikan kekuatan serta menghapuskan rasa takut serta akan digantikan dengan berita yang menggembirakan.






Source link

OR

Scroll to Top