Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad selamat melahirkan bayi ketiganya pada 28 Januari lalu.
Perkara itu dikongsi Uyaina menerusi hantaran di Instgaram miliknya.
“A new heir to the trone. King number three has arrived,” tulisnya.
Meskipun tidak mendedahkan wajah anak ketiganya itu, Uyaina bagaimanapun berkongsi foto-foto ‘teaser’ miliknya sekali gus meluahkan rasa syukur dengan kehadiran zuriatnya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar proses berpantang berjalan lancar.
Sebelum ini, Uyaina ada berkongsi perasaan takut untuk menjalani pembedahan caesarean yang akan dijalankan bagi melahirkan cahaya mata ketiganya itu.
“Takut yang tak boleh nak digambarkan. ‘Going for my 3rd C-Section’ (pembedahan Caesarean) untuk melahirkan anak ketiga saya. Perasaan? Takut yang tak boleh nak digambarkan. Serah diri untuk berserah pasrah.
“Belajar untuk bersimpuh pada ketentuan-Nya. Dan belajar untuk melabuhkan doa tanpa henti,” katanya.
Sekadar info, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Raja Urhan dan Raja Urayyan.






