Keseimbangan mental bermula dari ruang kediaman

Keseimbangan mental bermula dari ruang kediaman


Isu kesihatan mental kini menjadi antara cabaran utama masyarakat susulan tekanan hidup yang kian meruncing merentasi  pelbagai lapisan usia.

Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 mendedahkan lebih satu juta rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, manakala kes dalam kalangan kanak-kanak dan remaja pula menunjukkan peningkatan lebih dua kali ganda.

Keadaan ini menuntut pendekatan sokongan yang lebih menyeluruh termasuk mewujudkan persekitaran rumah yang mampu memulihkan keseimbangan minda menerusi elemen terapi warna.

Pendekatan ini bersifat halus, namun semakin diakui berkesan dalam menyokong emosi dan kesejahteraan mental.

Getaran warna pengaruhi emosi, keseimbangan diri

Pakar Neurosains dan Terapi Warna, Prof Dr Norhisham menjelaskan, warna berfungsi sebagai gelombang elektromagnet yang berinteraksi secara langsung dengan sistem saraf otak.

Pendedahan kepada warna tertentu boleh mempengaruhi mood, fokus serta tindak balas fisiologi seseorang.

“Warna memainkan peranan besar dalam membentuk keseimbangan minda dan emosi. 

“Sebagai contoh, warna ungu mampu merangsang hipotalamus, sekali gus membantu meningkatkan fokus dan kematangan emosi,” katanya.

Menurut beliau, menyokong kesihatan mental di rumah tidak memerlukan perubahan besar. 

Sebaliknya, ia boleh dimulakan dengan kesedaran terhadap pemilihan warna yang sesuai bagi setiap ruang, selari dengan prinsip Terapi Getaran Warna atau Colour Vibration Therapy (CVT), di mana setiap warna mempunyai getaran tersendiri yang mempengaruhi emosi dan keseimbangan fisiologi.

Nippon Paint sokong kesejahteraan keluarga

Di bilik tidur dan ruang belajar, penggunaan tona lembut seperti biru dan hijau sangat disyorkan bagi membantu mewujudkan suasana tenang dan menyokong keseimbangan emosi.

Warna ini membantu mewujudkan suasana yang kondusif untuk fokus pada siang hari serta tidur yang lebih berkualiti pada waktu malam.

Ruang keluarga pula sesuai dihiasi dengan warna yang lebih ceria dan hangat bagi menggalakkan interaksi positif.

Warna seperti kuning, jingga dan merah jambu lembut dapat membangkitkan rasa optimis, menghidupkan perbualan dan mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli keluarga.

Bagi sudut refleksi seperti ruang solat, meditasi atau membaca, warna berfrekuensi tinggi seperti ungu dan tona kelabu lembut membantu meningkatkan tumpuan serta menenangkan fikiran yang serabut.

Dalam masa sama, penggunaan warna berani perlu diseimbangkan dengan tona neutral serta elemen semula jadi seperti kayu dan tumbuhan bagi mengelakkan rangsangan berlebihan.

Cahaya semula jadi turut memainkan peranan penting dalam mengaktifkan tenaga warna. Pencahayaan yang baik menjadikan ruang lebih cerah dan menyegarkan, sekali gus membantu meningkatkan suasana positif dalam kediaman.

Komitmen terhadap keseimbangan hidup ini turut disokong oleh Nippon Paint sebagai jenama yang memberi penekanan terhadap kesejahteraan keluarga.

Kesejahteraan emosi bermula dari persekitaran rumah

Penolong Pengurus Besar Pemasaran Nippon Paint Malaysia, Datin Wong Meng Lee berkata, warna memainkan peranan besar dalam mempengaruhi perasaan seseorang terhadap ruang yang didiami.

“Kami percaya rumah yang kondusif dapat menyumbang kepada keseimbangan minda. 

“Melalui pilihan warna yang tepat dan inovasi produk, kami berhasrat membantu pemilik rumah mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih sihat dan selesa,” katanya.

Beliau menambah, produk seperti Spot-less Plus bukan sahaja membantu mengekalkan kebersihan dinding.

Selain itu, produk ini juga mempunyai ciri anti-bakteria, menyumbang kepada persekitaran dalaman yang lebih selamat apabila digabungkan dengan warna yang menenangkan atau menaikkan semangat.

Walaupun kelihatan ringkas, pemilihan warna yang tepat mampu menjadi langkah kecil ke arah ketenangan, keseimbangan emosi, dan kualiti hidup yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut tentang Nippon Paint VirusGuard dan Spot-Less Plus, layari https://www.nipponpaint.com.my/.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top