Pelakon Nur Fazura berkata dia menerima kecaman teruk sehingga ada yang mengata arwah bapanya serta anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.
Menerusi sesi siarang langsung di TikTok, Fazura berkata dia terpaksa bersuara apabila ada yang melemparkan kata-kata negatif meskipun sebelum ini memilih untuk berdiam diri.
BACA: “Tiada Niat Melagakan Mana-Mana Pihak” – Pemilihan Fazura Bukan Untuk Balas Dendam
“Kadang-kadang kita diam tetapi mereka (netizen) lagi suka. Tapi bila kita usik balik, mereka marah padahal kita bergurau sahaja.
“Mereka buat saya lagi teruk, mengata arwah bapa saya, mengata Fatima barua. Saya gurau sikit, mereka koyak kata saya tak classy. Sedangkan saya tak pernah pun kata diri saya classy,” katanya.
Sementara itu, Fazura berkata dia bersuara untuk mempertahankan dirinya dan bukan mencarut mahupun mencaci sesiapa serta mempersoalkan adakah dia perlu berdiam diri agar terus difitnah.
“Tetapi saya tidak mencaci atau mencarut mereka, tidaklah sampai ke tahap itu.
Namun mereka marah saya lagi teruk, kita gurau sahaja. Jadi bila awak semua kutuk saya, saya hanya perlu diam je ke? Awak semua nak suruh saya diam supaya boleh terus ‘enjoy’ dengan gosip, fitnah dan mengata saya yang bukan-bukan.
“Sebab itu tak nak saya bersuara, betul tak? Bila saya bersuara, mereka kata saya marah sedangkan sikit saja,” katanya.
Dalam pada itu, Fazura mendedahkan sudah dua tahun dia menjadi mangsa buli siber namun dia berdiam diri serta menyerahkan segalanya kepada Allah.
“ah lama saya tak layan dah dua tahun. Dalam tempoh dua tahun ini, saya kena macam-macam saya dibuli dan difitnah.
“Saya diam sahaja dan serahkan pada Allah. Kita semua manusia, Allah jadikan saya dan anda semua jadi buat apa saya nak fikir apa yang orang kata,” katanya.






