“Rezeki Orang Jangan Dipertikai, Nanti Makan Diri” – Nur Fazura

“Rezeki Orang Jangan Dipertikai, Nanti Makan Diri” – Nur Fazura


Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura, menasihatkan orang ramai agar tidak memandang sinis kejayaan atau kebahagiaan individu lain kerana sikap tersebut dikhuatiri memberi kesan negatif terhadap diri sendiri.

Menurut Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, perasaan gembira melihat kejayaan orang lain mampu membuka ruang kebaikan dan rezeki yang lebih luas, berbanding sikap dengki serta buruk sangka.

“Jangan marah pada rezeki orang lain. Bila kita gembira untuk orang lain, Allah akan tambah lagi kebaikan itu untuk kita,” katanya.

Fazura yang juga seorang penyanyi ini berkata, meskipun konsep berkenaan sering dikaitkan dengan istilah law of attraction, sebagai umat Islam, kepercayaan terhadap qada dan qadar Allah perlu menjadi pegangan utama dalam kehidupan.

“Kalau kita gembira tengok orang lain berjaya, cantik dan bahagia, kita pun boleh berdoa agar suatu hari nanti diberi rezeki yang sama,” ujarnya.

Namun, ibu anak satu ini turut mengingatkan agar netizen tidak mudah berprasangka buruk terhadap kejayaan orang lain kerana perkara tersebut hanya akan membawa kesan sebaliknya.

“Kalau kita tengok orang dapat sesuatu, kemudian terus fikir perkara negatif, apa yang kita doakan atau fikirkan itu yang akan kembali kepada kita,” katanya

Fazura berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di platform TikTok, baru-baru ini.

Aktres filem popular Manisnya Cinta Cappaodica ini turut menambah, keikhlasan hati dalam meraikan kejayaan orang lain mampu mendatangkan rezeki yang tidak disangka-sangka.

“Bila hati kita bersih dan ikhlas gembira untuk orang lain, Allah akan beri rezeki yang sama kepada kita pula

“Kalau kita dengki dan menyampah, yang kita dapat hanya sakit hati,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top