Tindakan pelakon Azhar Sulaiman meninggalkan komen pada video usahawan selebriti Khairul Aming berkaitan sistem tempahan di restoran miliknya, Rembayung, baru-baru ini mencetuskan perhatian ramai.
Menerusi komen tersebut, Azhar atau mesra disapa Behar mengakui berasa kurang senang dengan gaya percakapan serta pemilihan kata yang digunakan Khairul Aming ketika sesi siaran langsung berkenaan.
“Assalamualaikum, Behar rasa gaya you bercakap dan selection of your word does buat saya terasa hati sikit.
“Mungkin awak boleh kata atau jelaskan dengan cara yang lebih baik,” katanya.
Komen yang ditinggalkan Azhar Sulaiman itu bagaimanapun menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang menyelar tindakannya itu.

Namun, enggan berdiam diri, bapa kepada pempengaruh popular, Kasih Iris Leona itu tampil mempertahankan tindakannya menegur cara penyampaian Aming.
“Tak perlu spell out why tak boleh… Just make it short and simple. Kalau duit geng VIP tiada nila bagi KA, then so be it.
“Dalam perniagaan tak salah untuk guna diplomatik approach. Again, this is not my business. So, all the best KA,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Letak Ekspektasi Macam Saya Urus Konsert” – Khairul Aming Mohon Netizen Beri Ruang Selesaikan Isu Tempahan Restoran Rembayung
ARTIKEL BERKAITAN:Fazley Yaakob Tegur Netizen Gelar Khairul Aming ‘Gagal’ – “Fikir Balik! Yang Gagal Tu Korang Sebab Doakan Orang Tak Berjaya”
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Welcome All! Saya Tak Tapis Ikut Bangsa” – Khairul Aming Perjelas Isu Hanya Ambil Pekerja Melayu
ARTIKEL BERKAITAN:“Ada Yang Siap Buat Kiraan Saya Akan Gagal” – Khairul Aming Mohon Ruang & Peluang Jayakan Bisnes Restoran Rembayung
ARTIKEL BERKAITAN:“Lakukan Perkara Yang Buat Anda Happy” – Khairul Aming Kongsi Falsafah Hidup, Kenang Pengorbanan Ibu Berniaga Kuih






