Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat satu hantaran di media sosial dengan kapsyen yang menarik perhatian apabila namanya dikatakan ‘dipetik’ pihak luar.

Done explain -Ringkas dan jelas
Menerusi posting tersebut, Anwar memberi penjelasan ringkas dengan memaklumkan bahawa baru hari ini beliau mendengar namanya disebut oleh pihak luar yang dikatakan mahu bertemu dengannya menerusi satu email melibatkan kes Epstein.
“Baru hari ini saya tahu ada pihak luar yang mahu bertemu dan siap ‘petik’ nama saya dalam email melibatkan kes Epstein,” tulisnya ringkas dengan menyertakan emoji.

Done explain, sambung jalan-jalan
Walau bagaimanapun, Anwar bersyukur kerana selepas berbelas tahun seperti yang dinyatakan menerusi email tersebut, beliau menyatakan langsung tidak ada kaitan dengan pihak-pihak yang dinyatakan.
Susulan daripada penjelasan ringkas tersebut, beliau yang ketika ini berada di Johor telah menyatakan mahu kembali bersiar-siar di Johor Bahru dengan menyertakan sekali hashtag #DoneExplain.
“Ok, saya nak sambung jalan-jalan di Johor Bahru. #DoneExplain,” tulisnya.

Artikel lain: PM Anwar selar dakwaan kerajaan serah tanah kepada Indonesia -“Tipu, salah fakta”
Hantaran tersebut dibuat selepas Armada Bersatu Malaysia menerusi Pengarah Jabatan Komunikasi dan Media Baharu Armada Bersatu Malaysia, Na’im Brundage menggesa agar penjelasan segera daripada Perdana Menteri sama ada beliau pernah mempunyai sebarang bentuk interaksi dengan Jeffrey Epstein atau mana-mana individu sebagaimana pendedahan dokumen rasmi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang terkandung dalam arkib Epstein Files.
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim






