Gara-Gara Kos Tinggi, Aliff Syukri & Nur Shahida Hampir Jual Bangunan Sendiri… Kini Jadi Tarikan Walk-In, Raih RM8 Juta Dalam 6 Bulan

Gara-Gara Kos Tinggi, Aliff Syukri & Nur Shahida Hampir Jual Bangunan Sendiri… Kini Jadi Tarikan Walk-In, Raih RM8 Juta Dalam 6 Bulan


Keputusan untuk melancarkan bangunan perniagaan sendiri bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya melalui proses panjang penuh cabaran dan percubaan, kata pasangan usahawan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

Menurut Aliff, sejak awal penglibatan dalam dunia perniagaan, pasangan itu merasakan diri mereka sekadar peniaga kecil-kecilan yang bergantung kepada sistem ejen, justeru tidak pernah terfikir untuk melancarkan bangunan perniagaan sendiri.

Namun perubahan landskap perniagaan, khususnya kebangkitan revolusi perniagaan atas talian, mendorong mereka beralih sepenuhnya ke platform digital.

Bagaimanapun, perniagaan atas talian juga hadir dengan cabaran tersendiri apabila kos bayaran kepada penyedia platform semakin meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Terima Bantuan Zakat, Kini Bayar RM2 Juta Tunai Zakat Perniagaan… Aliff Syukri Luah Rasa Syukur

Situasi itu membuatkan mereka kembali mempertimbangkan konsep perniagaan secara bersemuka dengan pelanggan.

“Lama-kelamaan, bisnes atas talian pun ada kesukaran tersendiri apabila bayaran platform agak tinggi, jadi kami beralih kepada konsep walk-in. Kami ubah suai bangunan supaya lebih mesra pengunjung,” jelas mereka.

Shahida turut mendedahkan bangunan berkenaan pernah hampir dilepaskan kerana kos operasi yang tinggi.

Bangunan tersebut adalah milik sendiri dan setiap bulan mereka perlu menanggung komitmen bayaran kepada pihak bank.

Ketika usaha dilakukan untuk menjual atau menyewakan bangunan itu, tiada pihak yang berminat.

“Ketika itu kami fikir semula, apa yang perlu dibuat kerana bangunan ini sangat besar. Kami cuba perniagaan runcit, tetapi apabila dibuka, langsung tiada pelanggan. Kami memang struggle pada peringkat awal,” kata Shahida.

Daripada kegagalan itu, tercetus idea baharu untuk menjual produk menggunakan konsep pameran atau exhibition.

Pendekatan tersebut ternyata memberi nafas baharu apabila suasana membeli-belah di bangunan berkenaan diolah seperti sebuah karnival.

“Bila pengunjung datang, mereka rasa macam datang ke karnival. Alhamdulillah, dalam tempoh enam bulan sahaja, jualan mencecah RM8 juta hasil daripada pelanggan walk-in. Seperti hari ini, ada 11 buah bas singgah ke bangunan kami,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Izara Aishah Artis Kelas A! Saya Ingatkan Dia ‘Diva’, Tapi…” – Aliff Syukri

Menurut pasangan itu, perkembangan tersebut disyukuri sepenuhnya dan menjadi bukti bahawa keberanian mencuba sesuatu yang baharu mampu mengubah hala tuju perniagaan, meskipun bermula dengan kegagalan dan kesukaran.

Selepas lebih sedekad beroperasi di Persiaran Prestij, Kota Damansara, Wisma D’Herbs kini tampil dengan wajah baharu yang lebih moden, eksklusif dan mesra pelanggan.

Penjenamaan semula ini menyaksikan ruang butik diubah suai secara menyeluruh dengan konsep lebih luas dan tersusun, menyerupai ekspo mini bagi memberi pengalaman membeli-belah yang lebih selesa dan menyeronokkan.

Selain sebagai pusat jualan, Wisma D’Herbs turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti ruang solat, kafe mini, ruang permainan kanak-kanak dan kawasan rehat untuk keselesaan pengunjung seisi keluarga. Majlis turut diserikan kehadiran duta beg AS, Izara Aishah dan Sally Whoo, serta artis jemputan Amelina dan Sherry Alhadad.





Source link

OR

Scroll to Top