Mark Zuckerberg manusia kedua terkaya di dunia

Mark Zuckerberg manusia kedua terkaya di dunia


KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta, Mark Zuckerberg kini muncul manusia kedua paling kaya di dunia dengan nilai bersih mencecah AS$206.2 bilion.

Menurut Bloomberg Billionaires Index, Zuckerberg telah mengatasi nilai bersih AS$205.1 bilion dimiliki bekas CEO dan Presiden Amazon, Jeff Bezos yang berada pada kedudukan kedua sebelum ini.

Pengasas bersama Facebook itu kini mengekori CEO Tesla, Elon Musk yang memiliki nilai $50 bilion.

Dengan 13 peratus pegangannya dalam Meta sejak awal tahun ini, nilai bersih Zuckerberg telah meningkat sebanyak AS$78 bilion iaitu lebih daripada mana-mana ahli daripada 500 orang terkaya yang dijejaki oleh Bloomberg Billionaires Index.

Sementara itu, saham Meta ditutup pada rekod tertinggi semalam pada AS$582.77, melonjak kira-kira 68 peratus dari awal Januari apabila sahamnya didagangkan pada AS$346.29.

Kenaikan Zuckerberg ke tempat kedua dalam indeks itu menunjukkan kekayaan peribadinya telah berkembang di samping minat yang ditunjukkan pelabur terhadap peningkatan keuntungan gergasi media sosial itu pada tahun ini.

Pada Julai lalu, Meta mengumumkan bahawa jualan suku keduanya meningkat 22 peratus kepada $39.07 bilion, menandakan pertumbuhan pendapatan suku keempat berturut-turut melebihi 20 peratus. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top