“Kalau Meletup Saya Selamatkan Isteri Dulu” – Pablo Sempat Ketawa Pelamin Terbakar

“Kalau Meletup Saya Selamatkan Isteri Dulu” – Pablo Sempat Ketawa Pelamin Terbakar


Semalam, pelakon Pablo Amirul selamat bergelar suami kepada Dr Hana Rose dengan sekali lafaz dalam satu majlis di ibu kota.

Turut menjadi perhatian, ketika majlis berlangsung berlaku insiden kebakaran kecil di pelamin pernikahannya dengan isteri tercinta.

BACA: Pablo Amirul Sah Bergelar Suami Dr Hana Rose

Memetik mStar Online, Pablo bagaimanapun berkata insiden itu tidak mengganggu emosi kerana keadaan masih terkawal serta berseloroh akan selamatkan isterinya jika meletup.

“Saya pelakon aksi jadi dah terbiasa berdepan situasi mencabar. Saya tengok keadaan masih terkawal dan tidak berbahaya.

“Kalau meletup lain ceritalah. Dah tentu keutamaan saya adalah menyelamatkan isteri. Tapi kejadian ini jadi antara momen paling menarik,” katanya.

Dalam majlis semalam, Pablo menyerahkan wang tunai RM800, sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top