Aedy Ashraf Setuju Lelaki Miskin Belum Layak Kahwin

Aedy Ashraf Setuju Lelaki Miskin Belum Layak Kahwin


Pelakon Aedy Ashraf bertetuju dengan pendapat seorang netizen bahawa lelaki perlu bersedia serta membuat persiapan dari pelbagai sudut sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

Menerusi satu hantaran di Threads, individu itu berkata seorang lelaki tidak seharusnya tergesa-gesa berkahwin sekiranya belum bersedia dari segi tanggungjawab serta mentaliti untuk bergelar sebagai seorang suami serta bapa.

BACA: Bela Rambut Panjang Untuk Filem, Aedy Ashaf Buat Ramai Wanita Cair 

“Jenayah terbesar lelaki buat adalah bila kau miskin tapi kau kawin. kau miskin tapi buat anak. kau dah miskin sorang ii lpstu kau heret anak bini kau miskin sekali.  

“Saya tak cakap pasal miskin harta. tapi miskin akal, empati, jati diri, iman, ilmu, amanah, tanggungjawab, komunikasi, arah hidup, hati dan mentaliti,” katanya.

Hantaran individu itu mendapat perhatian Aedy yang mengakui pernah berada dalam situasi sama.

Kenyataan Aedy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kejujuran pelakon itu serta mengakui kelemahan diri.






Source link

OR

Scroll to Top