“Mungkin Gangguan Ini Menyebabkan Saya Sukar Cari Pasangan Hidup”

“Mungkin Gangguan Ini Menyebabkan Saya Sukar Cari Pasangan Hidup”


Perkongsian pelakon Zara Zya mengenai gangguan makhluk halus yang dialaminya menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan tidak tahan diganggu sejak 10 tahun lalu.

Memetik Astro Gempak, Zara berkata perongsiannya itu hanya meluahkan perasaan sahaja dan hanya mereka yang alami sahaja yang memahami.

BACA: Zara Zya Luah Hasrat Beraya Di Mekah, Madinah

“Perkongsian itu tidak bermaksud apa-apa, ia tempat untuk meluah dan menarik untuk dikongsikan. Saya rasa meluat sebab dia ada di situ. 

“Nak cerita lebih pun ia sensitif sebab sesetengah orang ingatkan saya nak perhatian sahaja. Orang yang pernah alami je faham. Dia tau kita tahu.

“Dulu lagi teruk, saya nampak jelas. Sekarang okay sikit. Ketika itu dia memang sengaja teman saya memasak. Waktu saya sedang potong bawang, mata saya jadi pedih sangat sampai saya tak Nampak,” katanya.

Sementara itu, Zara berkata dia masih lagi mendapatkan rawatan dan gangguan tersebut memberi kesan kepadanya dari segi mental dan emosi.

“Saya Ada pergi berubat tetapi mungkin Allah belum izinkan saya pulih sepenuhnya. Jangan seronok sangat sebab dia ada bila kita terlalu, sedih atau marah atau berlebihan. Ia juga sangat menggangu kehidupan seharian saya dari segi mental, fizikal dan pemikiran,” katanya.

Dalam pada itu, Zara berkata hanya dirinya melalui situasi berkenaan dan gangguan itu turut memberi kesan kepadanya dalam mencari pasangan.

“Mungkin juga gangguan ini menyebabkan saya sukar untuk cari pasangan hidup tetapi ia semua dengan izin Allah juga. Ini ujian Allah untuk saya sentiasa mengingatinya,” katanya.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top